sediakan yang terbaik untuk yang terbaik

LED Scroller Generator

PENULIS mAYA.




>

ALSO HERE.




>

my post

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
facebook page

Credits

Template: NURUL ATIQAH
BS's: ARRIEN INSPIRIT
Owner: HAFIZUL AKMAL

Bangkang Alasan Yang Membantutkan Taubat!
Friday, 31 May 2013 • 02:11 • 0 comments





Assalamualaikum...

Masih ramai antara kita yang memberi pelbagai alasan dalam memulakan langkah perjalanan pulang. Itu lah ini lah sehingga "program perjalanan pulang" menjadi tertunda dek kerana alasan yang tak relevan dan hanya ingin "berseronok" dengan keadaan yang sekarang ini. Seringkali ada alasan seringkali juga ada bangkangan. Ayuh bangkang alasan anda!


1. Aku muda lagi lah. Enjoy lah. Chill. Dah tua nanti aku taubat la. 

         : Mati tak mengira masa. Tak tunggu bila kau dah tua baru kau nak mati. Sekarang kalau kau masih muda pun boleh mati. Kalau time muda kau mati macam mana?


2. Aku dah terlalu banyak buat dosa. Aku takut ALLAH tak terima taubat aku.
        :  ALLAH tu bersifat Ar- Rahman (Maha Pemurah) dan Al - Ghafar (Maha Pengampun). Aku yakin pasti ALLAH tak kan sia - siakan permohonan taubat kau tu. Asalkan kau ikhlas dan bersungguh - sungguh.

3.  Aku ni macam dah terlambat je nak bertaubat.
         :  Terlambat? mana kau tau kau dah  terlambat? Ehem. Ustaz ada bagi tau, katanya "Pintu taubat akan tertutup bila nyawa dah kat kerongkong dan bila matahari terbit dari sebelah barat. Kalau belum lagi berlaku semua tu maka terbuka luas pintu taubat bagi kita". Amacam? Sempat lagi kan?


4.  Dosa aku dah sebati ngan jiwa aku la. Susah aku nak tinggalkan perkara yang aku dah biasa buat. macam mana nak taubat?

     
         :   ALLAH yang pegang hati kau. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Kau pikir - pikirkanlah.

5.  Aku takut lah. Nanti kalau aku dah bertaubat aku masih buat dosa lagi.
       
        :    Kita ni hanya manusia yang lemah,yang tak lepas dari buat silap. Yang penting kau sedar dan kau cepat - cepat bertaubat. Taubat banyak kali pun tak apa. Tak salah.


6.   Aku rasa aku tak pernah buat dosa besar la. Buat apa nak bertaubat.
   
        :    Dosa kecil pun kalau kau collect banyak - banyak tak ke jadi besar nanti? Lebih baik kita bertaubat. Takut dosa kecil yang kau anggap kecil akan membesar plak lama - lama nanti.


7.   Nanti lah tunggu aku pergi haji nanti baru aku taubat. Kat sana kan tanah suci. Ada kaabah lagi. Baru feeling nak taubat.

        :    Memang lah taubat tu kena ada feeling. Tapi tak kan lah kau nak bertaubat kena tunggu musim haji gak? Kalau kau tak sempat musim haji macam mana? Sekarang dah lah susah nak pergi haji. Rasulullah yang maksum pun istighfar 100 kali sehari ini kan kita pulak nak pilih tarikh nak taubat.


8.    Eh. Bukan ke orang yang buat dosa je yang kena bertaubat. Aku rasa aku tak pernah buat dosa.

       :   Pulak dah. Kau yakin ke kau tak pernah buat dosa? Tak apa lah. Tak perlu nak tunggu kau ada dosa baru kau nak bertaubat. Apa salahnya kau selalu bertaubat walau "kau yakin kau tak ada dosa". Amal kebajikan tu.



9.        Aku nak bertaubat. Tapi aku takut nanti kawan - kawan aku ingat aku ni berlagak alim je.  Nanti macam - macam orang mengata belakang aku. Aku tak sanggup woah.



       :   Ala. Mula - mula je mulut orang mengata itu ini. Biasalah. Nak jadi "golongan asing" ni memang banyak dugaan sikit. Lagi pun kalau kau ambik pusing apa yang dorang cakap tu dapat apa? Yang penting ALLAH redha dan suka dengan apa yang kau buat.


10.   Kalau aku bertaubat maknanya aku kena tinggal kan semua "kemanisan" ni la. Duit haram yang aku kumpul tu dah dekat 100k kot. Rugi lah.


        :  Ish. Kemanisannya tu kat mana eh? Tak nak lah kat dunia kita hidup seronok dan gembira dengan "kemanisan" tu,kat akhirat nanti kita pulak yang merana ngan "kemanisan" tu. Kau kena ingat manis kau tu lah yang tak ada guna dan yang akan "menjahanamkan" kau. Buat lah pilihan yang tepat dan bijak. Kau pilih "sengsara" dunia atau "bahagia" akhirat.


Jadi,masih ada alasan lagi ke? Telah banyak peringatan dan amaran yang ALLAH bagi. Masih belum terlambat. Ayuh ayun langkah ke jalan pulang kita.




(Sumber : Solusi 46)









+ +