sediakan yang terbaik untuk yang terbaik

LED Scroller Generator

PENULIS mAYA.

>

ALSO HERE.

>

my post

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
facebook page

Credits

Template: NURUL ATIQAH
BS's: ARRIEN INSPIRIT
Owner: HAFIZUL AKMAL

Selamat Tinggal Karat Jahiliyah
Thursday, 30 May 2013 • 11:36 • 0 comments

Assalamualaikum..

            Manusia seperti kita bukan di lahirkan dalam keadaan sentiasa suci atau "maksum". Kadang apabila melangkah dalam beraksi di "pentas dunia" membuatkan kita terleka dengan lakonan watak sendiri. "Panduan lakonan" yang di beri oleh " Sang Pengarah" di langgar dan tidak di ambil peduli kerana terlampau asyik bergelar "pelakon dunia".

             Ayuh! Mulakan langkah baru. Terimalah tawaran sebagai pelakon yang mendapat keredhaan dari "Sang Pengarah" dan tolaklah tawaran lakonan yang membuatkan "Sang Pengarah" murka pada kita.

************************************************************************************************

Jalan terbaik dalam menghapus jahiliyah yang berada dalam diri ialah dengan bertaubat. Kalau dulu kita sering mengejar dunia sehingga terlupa bahawa akhirat adalah "penamat larian". Kini,kita bangkit. Tersedar bahawa dunia ini hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan.

" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

( Surah Al - Ankabut : Ayat 64 )

Dunia yang kita diami ibarat tandas. Kita tidak menjadikan tandas sebagai tempat untuk berlepak - lepak atau tempat tidur. Kita hanya menjadikan tandas sebagai tempat "melaksanakan hajat" sahaja. Begitu juga dengan dunia,hanya sebagai tempat untuk kita melaksanakan hajat kita iaitu dengan beribadah kepada ALLAH. Kita tidak tinggal lama di dunia ini kerana dunia bukan destinasi kita yang sebenar. Maka,mengapa kita terlampau seronok dengan helah dunia yang akhirnya menyusahkan kita?

"   Katakanlah (Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
          ( Surah Zumar : Ayat 53 )

 "  Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
          (Surah At - Tahrim : Ayat 8 )
Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan (keranaku) daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka.
          ( Riwayat Ibn Majah ,Al - Baihaqi ,Al - Tabarani ,Daraqutni dan Al -  Hakim )
"  Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. 
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula. 
          ( Riwayat Al - Tirmizi dan Al - Baghawi ) 

Selalu ada peluang bagi kita yang ingin "pulang.". Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka bagi kita yang menyesali perbuatan yang telah lalu. Jangan berputus asa. Teruskan langkah dalam menggapai "misimu". Jangan kau hiraukan mereka yang suka melemahkan mu dalam "pentas hijrah" ini. Ayuh sahabat,kita mulakan langkah baru bersama kerana aku ingin kita bersama menggapai syurga.

*********************************************************************************
***************       
         Aku tahu bahawa ALLAH selalu ada bersamaku. Dan aku sedar bahawa aku tak pernah sendiri dalam merentasi lautan kehidupan ini. Dan kini aku yakin bahawa jalan yang ku pilih ini adalah jalan yang benar dan jalan yang di redhai ALLAH. 

        Aku harap dengan terciptanya langkah baru ini membuatkan mata hatiku celik melihat dunia sekadar hiasan dan akhirat sebagai tujuan. 

        Kini, Jahiliyah.                Selamat Tinggal Karat Jahiliyah.!

"Genggam dunia pada tangan dan pahat akhirat pada hati."

+ +

0 Comments:

? ?