PENULIS mAYA. ![]() > ALSO HERE. ![]() ![]() ![]() ![]() > my post facebook page Credits BS's: ARRIEN INSPIRIT Owner: HAFIZUL AKMAL
| Di Sebalik Ujian
Wednesday, 5 June 2013 • 01:38 • 0 comments
Assalamualaikum... Sudah menjadi lumrah bagi kehidupan seorang hamba untuk menghadapi ujian yang berbagai. Hadirnya kadang kala membuat hati terusik sama ada redha atau pun berputus asa. Yakinlah segala yang di hadapi pasti akan diberi kemudahan andai hati yakin bahawa ada ALLAH sebagai tempat pergantungan. Ujian atau pun mehnah merupakan satu perkara yang di beri kepada seseorang bagi melihat keupayaan diri mereka menghadapi sesuatu perkara. Ujian juga merupakan tanda aras bagi melihat kemampuan dan kekuatan seseorang. ******************************************************************** Duhai hati. Sabar kah dikau menempuh dugaan dan ujian ini. Atau, dirimu semakin rapuh dan hampir kecundang? Aku semakin letih di asak dengan ujian yang mendatang. Semakin rapuh. Semakin lemah untuk mengahadapi ujian ini. Adakah sudah hilang kekuatan diri ku atau aku yang terlampau memanjakan diri? Hati sering terusik dengan hasutan untuk menyerah dan berputus asa dalam menghadapi ujian ini. Tidak! Kerana ujian yang hadir ini adalah daripada ALLAH. Tuhan ku. Aku tidak boleh lemah. Aku percaya dengan Kalam ALLAH bahawa setiap diri di uji menurut kemampuannya. Aku harus bangkit. Aku mesti berdiri semula. Kerana ijian ini hanyalah pengubat bagi diri ku. Diri yang lemah menjadi semakin tabah. Diri yang kuat menyerah menjadi semakin gagah. Diri yang sering berputus asa menjadi semakin kental. Aku juga tahu bahawa ujian bertujuan untuk menguji aku sama ada semakin mengingati-Nya atau tidak, mentaatinya atau tidak. Orang yang menyerah tidak akan berjaya menghadapi ujian ini. Orang yang sentiasa mengharapkan belas kasihan orang lain tidak akan dapat melalui ujian ini. Orang yang yang tidak bergantung harap dan memohon pertolongan dari ALLAH sukar untuk mengharungi ujian ini dengan baik. Ya. Aku tahu apa formula yang sepatutnya aku gunakan bagi menghadapi ujian ini. Sabar. Redha. Jangan berputus asa. Dan yang paling penting letakkan ALLAH sebagai tempat pengharapan dan pertolongan. Jika aku berjaya mengharungi ujian ini. Aku akan mendapat hasil yang baik pada akhirnya. Tapi jika aku berputus asa,maka tiada apa yang akan aku perolehi. ******************************************************************** Bukan sehebat mana ujian yang berjaya di tempuhi di jadikan ukuran tetapi pergantungan dan pengaharapan yang semakin tinggi pada ALLAH itu yang sewajarnya. Justeru, yang menentukan suatu kejayaan bukan situasi tetapi respons hati mereka ketika menghadapi situasi itu. Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita tetapi reaksi atau respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau menghinakan kita. Beruntunglah kerana ujian ini masih ada. ALLAH masih sudi menguji kita. Bila diuji, jangan katakan.” ya ALLAH, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada ALLAH yang Maha besar.” Allah turunkan hujan sebab nak terbitkan pelangi. Jangan berputus asa. Cool and "all is well". |
0 Comments: