sediakan yang terbaik untuk yang terbaik

LED Scroller Generator

PENULIS mAYA.




>

ALSO HERE.




>

my post

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
facebook page

Credits

Template: NURUL ATIQAH
BS's: ARRIEN INSPIRIT
Owner: HAFIZUL AKMAL

Ramadhan Sebulan,Amalan Berpanjangan
Friday, 9 August 2013 • 18:03 • 0 comments


Assalamualaikum...



Alhamdulillah dapat lagi update blog ni. Maklum lah semenjak jadi "penjaga keamanan" ni,banyak masa terluang pada kerja je. Tapi takpe,tabur jasa pada manusia,Insya'ALLAH ALLAH dan mahlukNYA akan balas balik kebaikan kita tu.

Hampir 3 hari bulan rahmat,bulan Ramadhan meninggalkan kita. Banyak kenangan,banyak amalan,banyak pahala yang terlakar dalam bulan Ramadhan. Kalau sebelum - sebelum ni amalan hanya 45% je,setelah masuk bulan Ramdhan terus up jadi 80% dan ke atas. Bulan Ramadhan merupakan saiyidul syarh iaitu penghulu bulan. Kalau dah di sebut penghulu bulan mesti terkandung di dalamnya dengan pelbagai faedah,fadhilat dan kelebihan.

"Bulan ramadhan yang  diturunkan al-Quran padanya, dimana al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan yang membezakan antara hak dan batil " 
                Surah Al Baqarah 185:2

Namun begitu,perginya Ramadhan bukan beerti perginya amalan yang terkandung dalam bulan berkenaan. Amalan yang di laksanakan di dalamnya masih boleh di teruskan walaupun Ramadhan sudah berlalu pergi. Tak percaya? Teruskan membaca.

Solat Sunat

Setiap malam pada bulan Ramadhan kita mendirikan solat sunat terawih. Ada yang melaksanakannya pada kadar 8 rakaat dan ada juga yang melaksanakan 20 rakaat. Ikut pada kemampuan. Takda masalah hendak memilih yang mana. Kedua - duanya masih dalam daerah pahala.

Apabila sudah bertukar bulan,amalan solat sunat ni masih boleh di teruskan. Tapi bukan solat sunat terawih,digantikan lah dengan solat sunat rawatib,tahyatul masjid. Selepas mengambil wudu' pun boleh kalau hendak melaksanakan solat sunat. Jadi,amalan solat sunat yang sudah biasa di lakukan sepanjang malam Ramadhan boleh di teruskan pada bulan seterusnya. Jika sudah biasa mesti tiada masalah punya.


Sedekah  

Jika pada bulan Ramadhan kita berebut hendak bersedakah itu ini. Sibuk hendak menaja majlis buka puasa itu ini. Pada bulan lain juga boleh di lakukan dengan mengadakan majlis makan malam besama anak yatim. Atau pun mengadakan kenduri kendara. Lagi - lagi pada bulan Syawal ni,sudah menjadi kebiasaan orang kita mengadakan "open house". Lagi ramai boleh di jemput. Bukan 1 kampung,malahan satu daerah pun boleh kalau mahu.

Amalan memberi duit raya pun tiada masalah kalau hendak di amalkan pada bulan syawal ni,niatkan lah dalam amalan memberi duit raya tu sebagai sedekah. Mudahkan nak teruskan amalan Ramadhan?

Selawat

Setiap kali melakukan solat sunat terawih mesti mesti diselang - selikan dengan selawat ke atas Nabi walaupun sekadar selawat yang ringkas. Biasakan selepas melakukan semua solat,berselawatlah ke atas Nabi.

"Sesiapa berselawat atasku sekali, maka ALLAH 
akan membalasnya dengan sepuluh kali selawat." 


Qiyamu Lail 

Sudah menjadi tanggapan kita bahawa qiyam hanyalah sekadar solat sunat. Sebanarnya qiyam boleh di isi dengan amalan seperti membaca al-Quran,berzikir,berselawat,membaca hadis Nabi,mentelaah kitab - kitab agama dan macam - macam lagi. Kalau sudah biasa dengan amalan berqiyam pada bulan Ramadhan selama sebulan,malah di padukan lagi pada 10 akhir ramadhan. Pasti tiada masalah kalau hendak di laksanakan pada bulan yang lain.


Mengaji al-Quran

Kalau di dalam Ramdhan kita meletakkan target hendak khatam sekali,dalam bulan yang lain - lain juga masih boleh di teruskan amalan berkenaan. Pastikan selepas solat 4 muka surat. Insya'ALLAH genap sebulan khatamlah kita. Kalau dikira setahun,beerti 12 kali khatamlah kita. Mudah kan nak teruskan amalan Ramadhan?

Puasa 
Kalau di dalam bulan ramadhan sudah boleh berpuasa sebulan. Haa,teruskan lah lagi dengan puasa enam di dalam bulan syawal. Tak kan kita nak "santak" semua makanan yang di hidang kan? perut tu baru lepas berehat,terkejut pulak nanti. Dah datang sakit perut. makan tak dapat,sakit yang dapat.

Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian melanjutkannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun.

Selain itu,kita boleh biasakan diri dengan berpuasa sunat isnin dan khamis. Berpuasa pada setiap pertengahan bulan Islam.  

Penutup
Rasanya kalau nak di nyatakan semua amalan yang boleh di teruskan selepas bulan ramadhan terlalu banyak. Madrasah ramadhan banyak mendidik diri juga hati supaya lebih telus dan ikhlas melakukan amalan. Alasan 'syaitan and the gang dah kembali' tak boleh  di sematkan dalam hati. Semua bergantung pada diri sendiri. Kalau kita bersungguh dan tekad nak melaksanakan amalan berkenaan,syaitan pun dah tak boleh nak buat apa dah. Surrender syaitan tu.

Tekadkan hati. Teruskan melakar sejarah dalam bulan - bulan seterusnya.
 










+ +