sediakan yang terbaik untuk yang terbaik

LED Scroller Generator

PENULIS mAYA.




>

ALSO HERE.




>

my post

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
facebook page

Credits

Template: NURUL ATIQAH
BS's: ARRIEN INSPIRIT
Owner: HAFIZUL AKMAL

Hadapi Dengan Jalan Yang Sepatutnya
Sunday, 27 October 2013 • 00:03 • 0 comments


Assalamualaikum..

Dalam hidup,
akan selalu ada kegembiraan dan kesedihan.
Dalam hidup juga akan selalu ada nikmat dan ujian.
Bagaimana kita menghadapinya?
Bagaimana kita menguruskaannya?
Bagaimana kita mengawalnya?
Dan bagaimana kita meraikannya?
Terpulang pada diri kita.

Kegembiraan merupakan nikmat,
dan ujian merupakan kesedihan.
Tapi,
bukan semua ujian kesedihan,
dan bukan juga semua nikmat itu kegembiraan.

Bergantung bagaimana kita mengahadapinya,
menguruskannya,
mengawalnya,
dan meraikannya.

Kadang - kadang kita terlampau bersuka dengan nikmat yang di beri,
sehingga terlupa hendak melantunkan lafaz syukur.
Dan  terkadang juga kita dengan yakin mengatakan,
"ini semua hasil usaha aku,TIADA siapa yang membantu aku"
Tahukah kamu siapa yang mencipta nikmat?
Tahukah kamu siapa yang mencipta kejayaan kamu itu?
Yang atas dan YANG PALING ATAS yang menciptakannya untuk kamu.
Tapi mengapakah kamu mengatakan hanya kamu berusaha sendiri?

Kesedihan dan ujian sering juga membuat hati kita terlalai.
Mempersoalkan mengapakah kita menerima kesedihan dan ujian seperti ini.
Menyatakan ketidak puasan hati dengan kesedihan dan ujian yang di hadapi.
"kenapa ALLAH uji aku macam ni? Apa salah aku?"
Layak kah kita mempersoalkannya?
Atau adakah kita hanya mampu redha dengan semberono sahaja dengan setiap ujian dan kesedihan yang di terima?
Sandarkan pada ALLAH,eratkan pergantungannya pada ALLAH.

Bukankah ALLAH yang mencipta ujian,nikmat,kesedihan dan kegembiraan?
Jadi mengapa kita ingin 'berlagak' seperti kita lah Hero dengan menghadapinya berseorangan?
Tahukah kamu ada HERO yang lebih HERO daripada kamu?
Jangan bongkak dengan menganggap kita mampu hadapinya sendiri.

Kita ada ALLAH.
TUHAN yang sentiasa ada bersama kita.
Yang tak pernah mengecewakan kita dalam setiap masa dan ketika.
Yang sentiasa ingin mendengar aduan dan rintihan dari sang hambaNYA yang di sayangi.

Jika kita ada TEMAN yang menjadi sumber kekuatan,kenapa perlu kita bersedirian.
Ayunkan langkah dengan gagah kerana kita sentiasa ada ALLAH.
Apabila lelah dan rebah,yakinlah bahawa kita ada penguat dalam ibrah.
ALLAH always by your side.
Jangan pernah berputus asa,
kerana itu bukan sifat kita.
Kita punya sifat yang lebih mulia,
berjuang sehingga ke pengakhirannya.
ALLAHU A'LAM.




+ +