sediakan yang terbaik untuk yang terbaik

LED Scroller Generator

PENULIS mAYA.




>

ALSO HERE.




>

my post

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
facebook page

Credits

Template: NURUL ATIQAH
BS's: ARRIEN INSPIRIT
Owner: HAFIZUL AKMAL

Di Manakah Pasangan Ku?
Monday, 17 June 2013 • 09:39 • 0 comments



Assalamualaikum.. 



Lama juga tak update. Walau pun masih mentah dalam kalangan blogger ni,akan aku teruskan langkah mendayung tinggi. 

Pasangan? Siapa pasangan anda,saya dan mereka? Adakah dia yang selalu kita mesej pasangan hidup kita? Atau dia yang membelanja kita dengan makanan yang banyak? Hakikatnya kita sendiri masih tidak tahu adakah "Dia" adalah pasangan dan jodoh kita? Semakin di cari,semakin diterokai,semakin di selongkari. Semakin itu juga lah hati kita tak kan puas dengan "jawapan" yang kita temui tu.


Sering kali kita mendengar ungkapan hati-hati menjaga hati . Sering kali juga kita cuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga hati dan sering kali juga kita tewas. 

"Ahh. Aku selalu rindukan dialah. Aku yakin dialah jodoh aku."
          "Aku couple ngan dia dah 10 tahun. Konfem dia jodoh aku punyalah" 
"Setiap kali nak pergi kelas je aku terserampak ngan dia. Mesti dia jodoh aku punya"
"Time aku nak pergi surau mesti dia nak pergi surau. Mesti jodoh ni" 


**********************************************************************************************

ALLAH lah yang menciptakan hati ini maka biarkanlah ALLAH sebagai pemeliharanya. Mengapa angkuh ingin menjaga hati sendiri?  Setiap manusia sudah di tentukan pasangan masing - masing. Jadi mengapa perlu "bercouple" bagai? Terkadang terusik hati ingin merasa "nikmatnya" bercouple. Bila di fikir kembali,syok ke couple tu? Seronok ke? Ada manfaat ke? Jawapan yang aku temui "Nothing".  Tak ada syoknya,tak ada seronoknya,tak ada manfaatnya. Ahh,seolah - olah aku berbicara seperti aku tidak pernah terjebak dengan perkara ni. Yup. Pernah. Dan semuanya "Nothing". 


Aku couple sebab nak bertaaruf dulu dengan dia sebelum nikah. Tak kan tak boleh?

Taaruf tak perlu couple. Jika kau berkenan dengan dia. Sila kan berjumpa dengan ibu bapanya. Kenal keluarganya dan sekaligus kau boleh kenal siapa si dia yang sebenarnya. Bukan kah itu lebih elok dan lebih sweet? 

Malu hendak berjumpa keluarga si dia? Cari lah teman - teman rapatnya yang boleh menerangkan keadaan sebenar si dia. Jika tidak pun lantik orang tengah seperti pensyarah atau senior yang sudah bernikah  untuk memudah kan lagi sesi taaruf tu.

Stalk dia kan laman sosialnya. Lihat perwatakannya ketika bersama dengan rakan bukan sejenis dengannya. Lihat cara dia meng "update" statusnya. Adakah sepatutnya begitu statusnya. Nilaian sendiri dengan iman.

Couple kan trend sekarang ni. Rileks la. tak up - to - date la kalau tak couple.


Islam sentiasa up - to - date dan bersesuaian sepanjang zaman. Dan di dalam islam juga tiada perintah mengenai bercouple. Tapi bernikah ada.


Tapi aku dah couple ngan dia lama kot. sayang lah nak break.


Jika sayang kenapa perlu ke couple lama - lama lagi? Nikah. habis cerita. Tak mampu lagi? Fikir kan lah kau sayang dia atau sayang iman kau. 




************************************************************************************************

" Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah, ingin dicintai itu fitrah..jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang baik, ia mulia  "


Rasa kasih,sayang dan rindu tu hadir tanpa kita pinta. Itu lah anugerah ALLAH pada hambaNYA. Nikmat yang patut di syukuri. Bila bersyukur maka gunakanlah dengan cara yang sebaiknya. Bila mana kita terlampau mencintai manusia melebihi ALLAH,maka "binasalah" cinta itu. Tapi jika ALLAH yang lebih di cintai,maka "berbungalah" cinta itu.


Luahkan lah pada ALLAH. DIA Maha Mengetahui keadaan hambaNYA dan DIA juga Maha Bijaksana untuk menentukan sebaik - baik kesudahan bagi hambaNYA. Sungguh,ALLAH lebih mengetahui dengan mendalam akan hati kita. Maka serahkan lah sahaja padaNYA.


Lelaki yang benar-benar mencintaimu dia tidak akan membawa kamu ke jalan yang salah , tidak sesekali dia akan merendah-rendahkan martabat kamu sebagai wanita , tidak sesekali dia ingin mengheret kamu ke jalan neraka . Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanitanya itu tanda dia sedang beri cinta murahan sekadar untuk " pandu uji" . Dan ingatlah , jika lelaki itu memuliakan kita dengan pangkat isteri itu baru tanda dia jujur mencintai . " Hanya lelaki yang berani jumpa wali itulah yang harus kita tabik kejujurannya " . Tidak kah kamu teringin untuk menghadiahkan cinta yang suci buat pasangan yang bakal menikahimu nanti ? Berazamlah pada diri , untuk mendirikan mahligai kasih sayang , yakni rumah tanggamu dengan ALLAH sebagai juri dan bukannya dengan nilaian nafsu sendiri .  "


Jangan terlalu bimbang siapakah jodoh kita? Di manakah pasangan kita? Ingat "Ayat Cinta ALLAH" bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Berusaha mencintai ALLAH,maka ALLAH akan hadirkan pasangan yang juga mencintaiNYA untuk berdamping dengan kita.


Pesanan juga pada diri ,tabahkan hati kuatkan diri. Batasi hati dengan Zikrullah. Kentalkan iman.

"  Jika dia jodoh kita maka bersyukur dan terimalah dengan redha. Jika tidak maka redhalah juga dengan ketentuan ALLAH   "









+ +